A. KATA PENGANTAR
Di antara kewajipan Islam yang sepantasnya diketahui oleh setiap
muslimin
adalah melaksanakan dakwah Islamiah. Agi setiap anggota Ikhawnul
Muslimin yang
menjadi daie pada masa sekarang ini, jelas itu merupakan kurnia Allah
yang diberikan
kepadanya. Sebab dewasa ini kejahilan berkembang dengan sangat meluas,
sedangkan
hati dan perasaan manusia telah diracuni dan dikuasai oleh hawa nafsu,
sehingga agama
Islam di negara-negara Islam sendiri telah menjadi barang asing,
ganjil dan bahkan ada
beberapa Negara yang menolaknya sama sekali.
Segala Puji bagi Allah yang telah memberikan kurnia-Nya dengan
keutamaan
yang besar. Kerana itu seharusnya kita bersyukur kepada-Nya. Sebagai
manifestasi rasa
syukur ialah berupa sikap teguh, konsisten dan tidak akan beranjak
dari punggung
perjuangan dakwah, mengikhlaskan niat semata-mata kerana melaksanakan
perintah
Allah, sampai kita kembali menghadap-Nya dengan penuh keridaan dan
kemurahan-
Nya.
B. PENTINGNYA GERAKAN BERSAMA
Dakwah bersama jemaah adalah dakwah yang paling
efektif dan sangat
bermanfaat bagi Gerakan Islam. Sebaliknya dakwah
secara bersendirian akan kurang
pengaruhnya dalam usaha menanamkan ajaran Islam
pada umat manusia. Atas dasar
ini Allah S.W.T mengisyaratkan dalam Al-Quran
dengan firman-Nya:
Dan hendaklah ada dikalangan
kamu segolongan umat yang menyeru pada kebaikan,
menyuruh pada ma’aruf dan
mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang
yang beruntung.” (Ali
Imran:104)
Dalam ayat tersebut Allah telah mengisyaratkan
tentang wajibnya melaksanakan
dakwah secara bersama(berjemaah) atau
melaksanakan aktiviti bersama(Amal Jama’i).
Sebab ikhtiar perseorangan dengan cara sendiri
tidak akan mampu memikul segala
tugas dan tanggungjawab dakwah dan tidak akan
berdaya melaksanakan segala tuntutan
perjuangan dakwah dalam rangka membanteras segala
kejahatan yang ada di muka
bumi dan menghancurkan akar-akar jahiliyyah. Oleh
kerana itu semua aktiviti anggota
Ikhwan sejak jamaah ini didirikan selalu
berbentuk Gerakan Bersama. Dimana saja
mereka tidak pernah bergerak dan bertindak
sendirian.
C. PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
GERAKAN BERSAMA
Yang dimaksudkan dengan Gerakan ialah kegiatan
yang merupakan hasil
daripada suatu keputusan jamaah yang selaras
dengan manhaj(sistem) yang telah
ditentukan bersama, bertujuan untuk mencapai
tujuan tertentu. Ciri-ciri gerakan
bersama ini antara
lain:
1. Aktiviti yang akan dijalankan harus bersumber
dari keputusan atau persetujuan
jamaah.
2. Jamaah yang dimaksudkan, harus mempunyai
Anggaran Dasar dan pengurusan
yang tersusun rapi.
3. Setiap tindakan dan akivitinya harus sesuai
dengan dasar atau strategi atau
pendekatan yang telah digariskan oleh jamaah.
4. Seluruh tindakannya harus bertujuan untuk
mencapai cita-cita yang telah
ditetapkan bersama.
Aktiviti yang Diputuskan oleh
Jamaah atau Organisasi
Yang dimaksudkan aktiviti disini adalah semua
kegiatan yang dilaksanakan
untuk kepentingan umum(extern) dan kegiatan
khusus(intern) yang dianggap sebagai
dasar permulaan bagi pembentukan kader organisasi
unuk menjalankan kegiatan extern
di tengah-tengah masyarakat. Di antara
kegiatan-kegiatan extern ini ialah:
Menerbitkan brosur-brosur dan selebaran-selebaran
umum.
Penulisan makalah dalam majalah atau surat
khabar.
Menerbitkan buku-buku kecil dan besar.
Mengadakan pertemuan-pertemuan umum .
Menziarahi tokoh-tokoh masyarakat tertentu.
Berdakwah secara umum.
Menganjurkan atau menyelenggarakan demontrasi
ceramah-ceramah umum.
Berkhutbah.
Menyelenggarakan seminar, simposium dan
sebagainya.
Kegiatan-kegiatan lain yang dibenarkan oleh hukum
Islam.
Dan di dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut
tidak semua orang harus
melaksanakannya, dan tidak semua orang harus
terlibat dalam semua kegiatan tersebut.
Bahkan sebaiknya masing-masing mengambil
posisinya sendiri. Dengan demikian dia
mampu melaksanakan dengan baik sehingga akan
tercapai objektif yang dikehendaki.
Tetapi yang harus diperhatikan adalah hendaklah
semua kegiatan berdasarkan
pandangan jamaah dan berlandaskan atas keputusan
yang jelas dan diakui oleh semua
anggota.
Dalam konteks Gerakan Bersama, tindakan
yang diambil oleh setiap anggota
sebagai tambahan dari apa yang telah disebutkan
harus berada dalam batas-batas
syarak.
Jadi, selama mana tindakan itu tidak bertentangan
dengan hukum syarak maka
segala bentuk kegiatan itu sendiri tidak menjadi
persoalan, walaupun sampai ke
peringkat yang paling rendak iaitu peringkat mubah.
Ikhwan terikat dengan batas-batas syarak kerana
itu seorang anggota sama
sekali tidak dibenarka keluar dari batas-batas
tersebut. Inilah yang membezakan
organisasi Ikhwan dengan organisasi lain ynag
bukan Islam, atau organisasi yang tidak
terikat dengan Islam dalam tin dak tanduknya.
Masih dalam kerangka batas-batas syarak ialah
tindakan yang diharuskan oleh
syarak dalam
keadaan darurat atau dasar rukhsah, apakah keharusan itu dengan nas
yang terang, atau atas dasar ijtihad yang
masyhur, kalau tidak ada nas dalam masalah
tersebut.
Di samping itu setiap anggota yang menjalankan
aktiviti harus berlandaskan niat
yang ikhlas, iaitu bertujuan semata-mata mencari
keredhaan Allah. Sebab, anggota
Gerakan Islam dalam beribadat kepada Allah
seperti melaksanakan kegitan dakwah baru
akan diterima amalnya bila disertai dengan niat
yang ikhlas kerana Allah semata-mata.
Sebenarnya untuk membersihkan amal ibadah
seseorang dari unsur-unsur syirik,
bauakn suatu hal yang mudah, tetapi dengan sekali
taqarrub dan mendekatkan diri
kepada Allah, maka hal itu akan menjadi mudah.
Ukuran keikhlasan anggota dapat dilihat dari
sikapnya yang lebih suka bekerja
secara diam-diam, daripada ramai-ramai kecuali
apabila ramai-ramai itu merupakan
tuntutan dakwah atau untuk dijadikan tauladan
terhadap anggota yang lain.
Ciri-ciri Organisasi Gerakan
yang Rapi
Syarat mutlak bagi organisasi yang bergerak dalam
aktiviti Islami adalah harus
mempunyai sistem organisasi yang lengkap dan
kepempinan yang jitu. Seluruh
aktivitinya mencerminkan peraturan dan
garis-garis yang telah ditentukan oleh
organisasi, serta berjalan sesuai dengan program.
Syarat tersebut merupakan syarat utama terpenting
bagi suatu jamaah atau
organisasi dalam mencapai tujuan-tujuan yang
telah ditetapkan.
Tanpa adanya jamaah yang utuh dan teguh, serta
organisasi yang rapi, tipis sekali
untuk meraih kejaan dan kegemilangan. Oleh sebab
itu aktiviti suatu organisasi yang
kepengurusannya tidak berpengaruh akan
menghasilkan kegiatan-kegiatan yang
sifatnya perseorangan, walaupun kelihatannya
seperti kegiatan suatu organisasi.
Berdasarkan ciri-ciri tersebut di atas, maka
organisasi Ikhwanul Muslimin sebagai
Gerakan Islam(Jamaah Harakiah) tidak terlepas
dari ciri-ciri organisasi yang rapi dan
teguh pada disiplin organisasi. Ini adalah
kenyataan yang benar-benar terjadi, dimana
keutuhan gerakan Ikhwanul bergantung pada
keberhasilan mereka dalam mematuhi
peraturan gerakan organisasinya. Hasan Al-Banna,
dalam merumuskan masalah ini
pernah menyimpulkan bahawa Gerakan dakwah
Ikhwanul Muslimin tegak diatas dasar
‘pengorganisasian yang rapi’, ‘iman
yang teguh’, dan ‘jihad yang lestari’.
Ada dua faktor utama mengapa Ikhwanul Muslimin
dalam gerakannya selalu
mengutamakan organisasi yang mempunyai peraturan
dan pengoganisasian yang rapi
iaitu:
1) Pengorganisasian dan pengelolaan organisasi
yang rapi merupakan sau syarat
terpenting untuk menjayakan cita-cita perjuangan
organisasi mana-mana pun.
Oleh sebab itu berorganisasi dengan baik
merupakan kewajipan yang harus
dilaksanakan dalam rangka mencapai cita-cita
perjuangannya. Sedangkan
tujuan Ikhwan selaras dengan dengan tujuan dakwah
Islamiyah yang diwajibkan
oleh umat Islam untuk menjayakannya. Maka semua
cara yang dapat membawa
tercapainya tujuan tersebut termasuk wajib
dilaksanakan berdasarkan kaedah
hukum Islam yang berbunyi
“Suatu kewajipan tidak akan
sempurna dilaksanakan kecuali dengannya, maka itu
adalah wajib.”
Kewajipan itu antara lain adalah berorganisasi
dengan rapi dan baik. Ini
mengingatkan bahawa dalam beberapa aspek
organisasi tidak ditemukan nash yang
khusus mengenai hukum Islam.
2) Faktor kedua yang menjadikan Ikhwanul Muslimin
memandang serius terhadap
masalah jamaah yang terorganisasi rapi adalah
kerana Islam telah mewajibkan
kepada umatnya supaya berperaturan dalam segala
hal untuk mencapai posisi
yang lebih sempurna dan berguna. Di antara nas
yang jelas dalam masalah ini
adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang memerintahkan
kepada tiga orang
yang sedang musafir untuk mengangkat salah
satunya Amir atau ketua. Dalam
hadis tersebut jelas menunjukkan kewajipan
mengangkat dan melantik seorang
pemimpin dalam satu jamaah . Sebab bermusafir
sahaja ---yang sifatnya---
sementara kita diwajibkan mengangkat seorang
ketua, apa lagi dalam satu
jamah yang lebih besar, yang bergerak dalam
bidang dakwah seperti Ikhwanul
Muslimin, dimana sebahagian usahanya adalah
mengubah pemikiran
masyarakat yang diracuni pemikiran jahiliyah.
Tujuan pengangkatan seorang ketua atau amir dalam
suatu organisasi atau
jamaah bukan semata-mata sebagai lambang, tetapi
bertujuan untuk untuk mencapai
tujuan organisasi dan memudahkan jamaah dalam
bergerak dan bertindak melakukan
aktiviti Islami.
Oleh kerana itu Syariat Islam telah menetapkan
agar semua anggota taat dan
patuh pada pimpinannya. Gerakan Islam akan rosak
jika pimpinan organisasi sudah
tidak dipatuhi oleh anggotanya.
Perlu diketahui bahawa hakikat kepauhan pada
pemimpin(yang kosisten pada
Islam) adalah sebagai kepatuhan kepada Allah.
Oleh kerana itu hukum syarak telah
mengaitkan kepatuhan ini hanya pada yang ma’aruf
(yang baik menurut Islam)saja.
Jika seorang pemimpin menganjurkan pada hal-hal
yang batil dan maksiat maka
perintahnya tidak wajib ditaati. Dalam sebuah
hadis disebutkan:
“Tidak ada ketaatan pada
makhluk dalam hal kemaksiatan terhadap Allah.”
Sejalan dengan makna hadis tersebut Al-Quran
telah memperingatkan kaum
wanita agar tidak melanggar perintah Nabi
Muhammad SAW dalam hal yang ma’ruf.
Allah berfirman:
“.......dan tidak akan
mendurhakaimu dalam urusan yang baik.”(Al-Mumtahanah:60)
Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyuruh kecuali
yang ma’ruf. Hal ini
jelas menunjukkan betapa eratnya kaitan itu
dengan emua bentuk ketaatan kepada
makhluk yang tidak bermaksiat kepada Khaliknya.
Kemaksiatan yang tidak boleh dipatuhui adalah
kemaksiatan yang telah
disepakati para ulamak atau yang ada nasnya.
Dalam hubungan ini kesalahan dalam
berijtihad tidak termasuk dalam ketegori maksiat,
sebagaimana dijelaskan dalam hadis
berikut:
“Apabila seorang hakim
berijtihad, maka apabila ijtihadnya betul dan tepat maka
baginya dua pahala, tapi
apabila salah, maka baginya satu pahala sahaja”
Sebagai manifestasi ciri-ciri pengorganisasian
yang paling jelas dan perlu
mendapat perhatian, adalah melalui dasar-dasar
berikut.
􀂾 Bekerja
keras, serius, gigih dan potential dalam menjalankan seluruh
tugas gerakan(harakah).
􀂾 Pengurusan
yang rapi dan sistematik, serta disiplin yang tinggi ala
ketenteraan.
􀂾 Petunjuk
pelaksanaan kerja yang jelas.
􀂾 Pembahagian
tanggungjawab yang jelas bagi masing-masing pimpinan.
􀂾 Menentukan
sistem komunikasi anggota dan pimpinan yang
bertanggungjawab di peringkat kepimpinan
masing-masing.
􀂾 Komitmen
penuh dengan apa yang telah ditetapkan oleh jamaah melalui
pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadapnya.
Ukuran minimum yang harus diwujudkan di dalam
gerakan Ikhwanul Muslimin
atau gerakan-gerakan Islam lainnya, ialah
terwujudnya suatu disiplin ketenteraan dalam
pengurusan ketenteraan ketika berada di medan
pertempuran, atau sekurang-kurangnya
seperti pengurusan ketenteraan dalam keadaan
damai.
Sebagaimana diketahui bahawa dalam angkatan
bersenjata mempunyai disiplin
yang ketat, pembahagian tugas yang jelas,
pembatasan tanggungjwab yang jelas,
menentukan orang-orang yang bertanggungjawab
dalam tugas-tugas tertentu,
mengariskan hubungan dengan pihak atasan, dan
kepatuhan pada komandannya.
Segala pengarahan dan perintah Panglima dalam
organisasi Angkatan Bersenjata
selalu dipatuhi oleh bawahannya. Demikian pula
seharusnya pengorganisasian dalam
jamaah Ikhwanul Muslimin atau dalam organisasi
Islam lainnya, hanya dalam
organisasi Ikhwan dan organisasi Islam lainnya
memiliki ciri-ciri yang lebih baik dari
disiplin ketenteraan iaitu:
1. Organisasi Gerakan Islam ditegakkan di atas
nilai keagamaan iaitu semata-mata
kerana mematuhi perintah Allah. Oleh sebab itu
dasar kepimpinan organisasi
Ikhwanul Muslimin mendapat persetujuan dan
kerelaan dari seluruh anggotanya
kerana kerelaan dan penerimaan tersebut dituntut
oleh Islam.
2. Kepatuhan dan kesetiaan dalam Gerakan Islam
Ikhwanul Muslimin terpancar
dari dalam diri anggota-anggota sendiri, tidak
ada paksaan dan tekanan dari luar.
Oleh kerana itu kepatuhan mereka bersifat
sukarela. Mereka bersedia mematuhi
segala macam arahan dan peraturan sebelum mereka
diperintah untuk
mematuhinya. Dengan demikian mereka merasa bahawa
kepatuhan dan ketaatan
pada ketua dan organisasi akan diberi pahala
disisi Allah. Oleh kerana itu mereka
menyukai setiap perintah dengan penuh kerelaan.
Posisinya sama dengan
kepatuhan seorang makmum terhadap imam dalam
solat, yang sebelumnya sang
makmum memang sudah rela pada imam tersebut,
kerana ia ingin mendapatkan
pahala dari solat berjemaah.
3. Hakikat kepimpinan organisasi Gerakan Ikhwanul
Muslimin bukan bertujuan
untuk kepentingan pihak pimpinan, tetapi
semata-mata untuk kepentingan Islam.
Kerana itu konsep kepimpinannya jauh berbeza
dengan konsep kepimpinan
keduniaan yang bersifat kebendaan dan kemewahan,
seperti gila pangkat dan
kedudukan, mencari harta kekayaan dan
kemasyhuran, ingin menguasai orang
lain, serta haus akan pujian dan sanjungan.
Berdasarkan faktor-faktor di atas, maka tidak
wajar mengganggap sikap tegas
dan keras seorang pimpinan dalam mengendalikan
jamaah Islam di salah tafsirkan
sebagai diktator, tangan besi, atau
menyalahgunakan kekuasaan. Padahal ketegasan
tersebut sebaiknya dipandang sebagai manifestasi
keghairahan pucuk pimpinan dalam
mengawasi kegiatan anggota-anggotanya agar
berjalan di atas landasan yang benar, dan
mendapat pahala, sama halnya dengan imam solat
yang menyukai orang menjadi
makmum supaya mereka mendapat pahala berjemaah.
Demikian pula halnya ketegasan seorang panglima
tentera Islam di medan jihad
dalam mengatur strategi, menyusun posisi
pasukannya. Panglima selalu mengawasi
roda dan mekanisme pengurusan ketenteraannya agar
berjalan lancar, mengeluarkan
berbagai arahan dan perintah untuk dilaksanakan.
Ini bertujuan agar jihad dapat
memperoleh kemenangan dunia dan mendapat pahala
di akhirat.
Atas dasar pengertian tersebut, maka sebagai
Gerakan Islam, seharusnya para
anggotanya tidak tersinggung kehormatannya
apabila mereka mendapat pengarahanpengarahan
dari pimpinannya, dan tidak boleh merasa tidak
senang atau keberatan atau
sengaja menyalahi segala pengarahan tersebut.
Bahkan sebaliknya, mereka harus
menerima segala perintah dan pengarahan tersebut
dengan senang hati, penuh
kepercayaan dan melaksanakan dengan secepat
mungkin, kerana melaksanakan
perintah dan arahan tersebut termasuk ke dalam
kerangka taat dalam pengertian
syar’i.
Jika semua pihak, baik pucuk pimpinan atau pun
anggota gerakan mengambil
bahagian dan menjalankan peranan masing-masing
Insya-Allah semuanya akan
mendapatkan pahalanya.
Ketentuan, Ciri-ciri, Prinsip
Dasar dan sistem Gerakan
Syarat mutlak yang harus ada dalam suatu gerakan
bersama yang sistematik,
ialah adanya rencana kerja, program dan aktiviti
sesuai dengan manhaj(sistem) atau
anggaran dasar yang telah digariskan oleh
organisasi.
Yang dimaksudkan dengan manhaj disini ialah dasar
atau polisi yang hendak
ditentukan dalam masalah-masalah:
1. Dasar atau polisi wasilah dakwah.
2. Mentukan
strategi sesuai dengan tahap perjalanan dakwah atau marhalah
dakwah.
3. Dasar Maudhu’ dakwah(tema dakwah).
4. menentukan metod pendekatan dakwah atau kaifiah
dakwah.
Wasilah Dakwah
Wasilah dakwah tidak boleh
bertentangan dengan hukum Islam, kerana Islam
tidak membenarkan penggunaan kaedah yang salah
dalam penerapan istilah ‘Tujuan
menghalalkan cara’.
Islam menekankan cara(wasilah) dan tujuan(ghayah)
harus sama-sama
berlandaskan syarak . Islam sama sekali
tidak membenarkan jika mencapai tujuan yang
suci ditempuh dengan cara yang kotor.
Berdasarkan prinsip tersebut di atas, maka
gerakan dapat mengambil cara apa
pun asal dibenarkan oleh hukum Islam, baik
melalui penulisan di media massa, kertas
kerja, Quran-Quran, brosur-brosur, selebaran,
risalah, pertemuan, demontrasi,
menggunakan cara yang lunak, nasihat atau cara
yang keras dan lantang.
Marhalah Dakwah
Apa yang dimaksudkan dengan tahap atau marhalah
dakwah ini ialah kerangka
dasar dan strategi jamaah dengan melalui
pengkajian yang mendalam tentang sejauh
mana kekuatan dan kemampuan jamaah. Jika jamaah
tersebut masih dalam proses
pembentukan atau dalam berbagai segi masih serba
lemah, ia harus bergerak dengan
diam-diam dan kecil-kecilan. Tetapi bila jamaah
itu sudah kuat dan teguh serta
mempunyai pengaruh yang besar, maka ia dapat
bergerak secara terbuka dan lantang
jika situasi dan kondisinya telah menyakinkan.
Sebagai panduan untuk menentukan strategi seperti
itu, kita harus mengambil
teladan dari Sirah Rasulullah s.a.w yang murni
dan dari pengalaman –pengalama orangAs-
orang salafi.
Di antara ciri-ciri yang paling jelas sekali
dalam menyusun strategi
diperingkat permulaan pembentukan atau perjalanan
dakwah ialah:
1. Menanam dan memupuk kesedaran Islam yang kuat
pada diri anggota dan kaum
muslimin.
2. Memperbanyak jumlah anggota, pendukung dan
penyokong sebelum melancarkan
tindakan yang perlu diambil. Disamping perlunya
membentuk kader-kader ini
sebagai pasukan berani mati.
Termasuk dalam kerangka tahap perjalanan dakwah
adalah mengambil sikap
bergerak secara rahsia atau secara terbuka.
Sebenarnya persoalan ini bergantung pada
kondisi dan situasi tempat pergerakan, di samping
ada juga faktor sejauh mana
kekuatan jamaah dan sejauh mana ia berhasil
mengembangkan pengaruhnya di
kalangan umat, sebagai anggota, pendukung atau
penyokong. Dan di sana ada beberapa
garis panduan umum yang dapat digunakan dalam
menentukan masalah gerakan
terbuka atau tertutup yang antara lain seperti di
bawah:
1. Menentukan sikap bergerak secara rahsia merupakan
keharusan, bahkan
kewajipan bagi suatu gerakan yang masih berada
dalam tarsfa permulaan atau
taraf pembentukan anggota jamaah, atau dalam
suatu kondisi di mana seluuruh
potensi dikerahkan untuk memperkuat posisi,
merapikan pengurusan
organisasidan memperbanyak anggoa jamaah.
Beberapa sikap yang ceroboh
tercermin dari kelemahan melihat realiti yang
ada, seperti bergerak secara
terbuka di tengah-tengah masyarakat yang rosak
dan hina, padahal kedudukan
dan posisi jamaah atau organisasi belum mantap dan
kuat dalam menghadapi
tentangan yang selalu ternanti-nanti. Kelantangan
bertindak dan bergerak di
tengah-tengah masyarakat hina dan rosak moralnya
menyebabkan jamaah
terpaksa menumpukan perhatiannya dan menghabiskan
sebahagian besar tenaga
dan potensinya hanya untuk menangkis segal
tuduhan dan fitnah-fitnah yang
sengaja ditaburkan oleh musuh-musuh gerakan.
2. Masa bergerak secara rahsia ini bergantung
pada posisi, dan kewibawaan jamaah
serta kondisi disekitar jamaah atau organisasi.
Jika ketahanan diri dan kekuatan
jamaah belum mampu meningkat ke peringkat yang
sewajarnya, maka tindakan
secara terbuka dianggap sebagai kekhilafan.
Demikian juga bila keadaan sekitar
tidak mengizinkan untuk membuka seluruh struktur
maka tindakan secara
terbuka tetap dianggap sebagai suatu kesalahan.
Sebab implikasi tindakan
tersebut akan menimbulkan suatu keadaan yang
mendadak dan diluar dugaan
yang tercetus dari luar, dimana akhirnya kekuatan
jamaah tidak mampu
menghadapinya sekalipun telah dipersiapkan
anggota-anggota pasukan gerakan
cepat dan pasukan berani mati untuk kepentingan
organisasi. Kesalahannya ialah
terletak pada keterbukaan yang teramat jelas
dengan mempamerkan seluruh
sendi kekuatan yang sebenarnya tidak seberapa.
Akhirnya musuh-musuh dapat
menilai dan membuat strategi untuk memusnahkan
organisasi atau jamaah.
Anggapan bahawa orang yang bergerak secara rahsia
sebagai pengecut adalah
salah dan tidak wajar. Sebab menurut taktik
peperangan yang diharuskan oleh
syarak ialah dapat membangun banteng dan
berlindung di dalamnya untuk
mengelakkan serangan musuh. Hal ini tidak
dianggap pengecut oleh hukum
Islam, seperti yang terjadi dalam Perang Uhud.
Orang-orang musyrikin waktu itu
telah lantang bersuara: “Dimana engkau Muhammad!
Keluar hai Muahammad!”
tetapi Nabi Muhammad memerintahkan pada para
sahabatnya supaya para
sahabatnya untuk tidak menjawab laungan musyrikin
tersebut agar pihak musuh
salah sangka terhadap apa yang telah menimpa
Muhammad. Dengan demikian
mereka tidak berani mendekati Nabi kerana
keraguan mereka sendiri.
3. tidak ada ketentuan serta batas waktu bergerak
secara rahsia. Dakwah rasulullah
secara rahsia selama di Mekah tidak dapat dibuat
sebagai ukuran kerana masa
dakwah disana bergantung kepada kondisidan
situasi waktu itu, bukan sebagai
ketentuan syarak seperti ketentuan jumlah rakaat
solat dan penetapan hari-hari
tertentu untuk haji. Ini menunjukkan bahawa
sekiranya sebahagian besar
penduduk Mekah atau seluruhnya telah menganut
Islam, tentu tidak akan masa
siri seperti yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w.
4. Yang dimaksudkan dengan kerahsiaan disini
ialah hendaklah para anggota
jamaah tidak memperkenalkan diri terhadap
kedududkan mereka dalm organisasi
secara terbuka, misalnya salah seorang anggota
berpidato di tengah-tengah
masyarakat ramai dengan menyatakan: “Saya sebagai
anggota Ikhwanul
Muslimin atau si anu sebagi anggota Ikhwan” ,
atau pihak jamaah
mengumumkan kepada orang ramai untuk mendaftar
diri sebagai menjadi
anggota, dan dipersalahkan mendaftar si anu
dengan alamat si anu, secara
terbuka.
Pengertian kerahsiaan ini bukan bererti anda
harus menyembunyikan seluruh
identiti dan sikap anda sebagai anggota gerakan.
Tetapi anda kadang-kadang dibenarkan
untuk melahirkan sikap dan keperibadian anda
sebagi anggota gerakan setelah anda
yakin bahawa mereka akan menyertai anda dalam
berdakwah dan siap bergandingan
tangan di medan dakwah.
Termasuk dalam ciri-ciri kerahsiaan yang
dimaksudkan ialah bahawa orang
kebanyakan atau anggota biasa tidak perlu
mengenal siapa pimpinan atau barisan
pimpinan yang bertanggungjawab yang selama ini
tiada hubungan langsung dengan
mereka. Jika orang kebanyakan atau anggota biasa
mengetahui dan mengenali seluruh
pimpinan termasuk pucuk pimpinannya, kadang
kadang secara tidak sedar mereka
terberitahu kedudukan pucuk pimpinan pada
musuh-musuh, sehingga mudah bagi
mereka untuk menikam anggota-anggota organisasi
dan menggagalkan perjalanan
dakwah.
Kedudukan barisan pimpinan yang bertanggungjawab
mengerakkan jamaah
ibarat Kapten kapal. Mula-mula ancaman yang
dihadapi mereka adalah timbulnya
perasaan permusuhan terhadap pimpinan, dengan
tindakan membocorkan rahsia
kepada orang lain, padahal kedudukan jamaah belum
begitu mantap dan utuh serta
mampu hilangnya pucuk pimpinan. Oleh kerana itu
tindakan membocorkan rahsia
pemimpin dan barisannya adalah tidak dibenarkan
oleh Syarak.
Personaliti pemimpin didalam Angkatan bersenjata
pada umumnya jauh dari
penglihatan musuh. Seharusnya kepimpinan dalam
organisasi Gerakan Islam juga
demikian demi menjaga jamaah(organisasi) dari
perusakan, terutama pada peringkat
awal pembentukannya, atau pada masa kekuatannya
belum sampai ke tahap yang
sewajarnya, seperti keadaan Gerakan Islam di Iraq
sekarang ini.
Disamping itu gerakan hendaklah dilakukan secara
diam-diam. Meskipun
prestasi jamaah kelihatan maju dan bertambah
teguh dengan anugerah Allah, tapi
sebenarnya belum mencapai tahap maksimum. Jamaah
tidak mungkin dapat
menghadapi mussuh-musuhnya yang selalu siap sedia
dengan dukungan yang banyak
serta menguasai alat-alat publikasi dan
komunikasi umum, disamping mempunyai
pelbagai fasilitator, kekuatan pemerintah,
kekuasaan dan undang-undang yang selalu
menguntungkan mereka. Dalam kondisi yang demikian
perlu dilakukan gerakan diamdiam.
Sebagai menutup persoalan ini, penulis ingin
nyatakan, bahawa bergerak secara
rahsia dapat dikecualikan dalam beberapa keadaan.
Oleh kerana itu organisasi Gerakan
dapat menggunakan taktik bergerak secara terbuka
pada lahirnya saja, tetapi tetap
berada pada posisi gerakan rahsia. Hal ini dapat
dibenarkan kerana bergerak seolaholah
terbuka ini, hanya sementara dan dalam keadaan
darurat serta atas dasar kaedah
pengecualian.
“Darurat membolehkan yang
dilarang”
Maudhu’ Dakwah(Tema Dakwah)
Tema atau maudhu’ dakwah yang akan disampaikan
ialah mengenai totalitas
ajaran Islam. Diantara yang terpenting ialah yang
berkaitan keimanan kepada Allah,
kepada Rasulullah(yang meliputi segala perbuatan,
perkataan dan ketetapannya) dan
beriman kepada Hari Akhirat. Sebagai konsekuensi
dari keimanan itu ialah
melaksanakan ibadat kepada Allah sebagaimana yang
telah ditentukan, komitmen dan
taat pada seluruh ajarannya dalam seluruh bidang
kehidupan dan hubungan kepada
sesama manusia.
Di dalam penerimaan konsep tema dakwah yang
selaras dengan pemahaman
terhadap manhaj yang telah kita sepakati, maka
ada sebahagian anggota Ikhwan yang
hanya menekankan satu aspek saja dari seluruh
aspek ajaran Islam. Misalnya aspek
politik sahaja yang dijadikan sebagai tema
dakwahnya, dan ia bahkan mengesampingkan
secara langsung soal-soal keimanan, akidah dan
ibadah kerana terpengaruh atau
terbawa oleh cara-cara yang datangnya dari luar,
atau kerana mengikuti arus
kecenderungan orang kebanyakan. Sikap yang
demikian ini sama sekali tidak
dibenarkan.
Matlamat dakwah kita adalah totolis islam itu
sendiri yang mencakupi semua
aspek kehidupan umat manusia. Dan karakter dakwah
Islam sebenarnya menekankan
aspek keimanan, aqidah dan ibadat. Oleh kerana
itu merupakan kewajipan bagi kita
untuk mengambil perhatian yang
sungguh-sungguh---ketika menyampaikan dakwah----
terhadap masalah-masalah keimanan dan
pengibadatan. Kita berkewajipan untuk
menjelaskan hakikat Islam yang sebenarnya dan
mengemukakan dalam bentuk yang
luas, lengkap, disamping menekankan segi keimanan
dan ibadat.
Apabila dakwah Jamaah Ikhwan dianggap dakwah
sufiah, maka anggapan itu
jelas akibat penekanan dakwah Ikhwan dalam segi
ibadat dan keimanan serta hubungan
yang bersambung dengan Allah SWT.
Khaifiat Dakwah(Pendekatan
Dakwah)
Dalam berdakwah dapt saja menggunakan berbagai
pendekatan, dan yang
paling penting adalah:
1. Dakwah fardhiyah dan
Pendekatan Peribadi
Di antara cara-cara atau uslub dan pendekatan
dakwah yang terpenting ialah
individu (dakwah fardhiyah) dan mengadakan
pendekatan langsung dengan
individu-individu yang didakwah. Uslub dan
pendekatan ini merupakan cara yang
terbaik untuk menarik lebih banyak anggota. Namun
demikian ada beberapa
faktor yang perlu diperhatikan dalam menjalankan
dakwah fardhiyah ini:
a. Mengenal secara dekat peribadi yang akan
dijadikan objek dakwah
sebelum mengadakan kontak langsung tentang
masalah yang berhubung
dengan tujuan pendekatan. Ini bermaksud agar
dapat mengetahui dan
mengenal keadaan yang sebenarnya, latar belakang
pendidikan dan
status sosialnya, hobi dan kecenderungan dan
sebagainya. Dengan
pengenalan pendahuluan tersebut dapat dicari
model pendekatan yang
sesuai dalam memahami matlamat yang disampai
kepadanya.
b. Setelah dapat dihubungi, hendaklah diyakinkan
terhadap kebenaran yang
anda sampaikan dengan cara lemah lembut dan
jangan ada kesan seolaolah
ada unsur pemaksaan.
c. Jangan sesekali anda melahirkan sikap angkuh
dan merasa lebih hebat
darinya, kerana sikap demikian akan menimbulkan
perasaan tidak enak
terhadap orang yang didakwah, dan ini jelas
menghalang penerimaan
mad’u terhadap matlamat yang anda dakwahkan.
Allah berfirman:
“Serulah(manusia) kepada jalan
Tuhan-mudengan hikmah dan pengajaran
yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara yang baik.”(An-Nahl:125)
“Sekiranya kamu bersikap keras
lagi berhati kasar, tentulah mereka
menjauhkan diri dari
sekelilingmu.”(Ali Imran:159)
Jika anda mendapati kesan positif pada orang yang
berminat terhadap dakwah,
maka jangan membuang kesempatan baik. Cepat
kemukakan padanya tentang beberapa
persoaln dakwah. Jika ternyata minatnya terhadap
dakwah semakin ketara, maka
kemukakan identiti anda sebagai anggota Gerakan
dan sarankan kepadanya untuk
berperanan serta dalam barisan perjuangan Islam.
2. Penyampaian Buku-buku
Menyampaikan buku-buku Islam atau risalah-risalah
yang diperkirakan kan
berguna bagi mereka, kerana penyampaian buku-buku
merupakan langkah
pertama untuk membuat komunikasi individual
dengan mereka.
3. Ceramah-ceramah
Ceramah, pengajian umum dan nasihat-nasihat
merupakan salah satu cara
dakwah yang sangat berguna untuk mencapai tujuan
dakwah. Tetapi di dalam
menggunakan cara ini hendaklah selalu
deperhatikan orang-orang yng
menghadirinya, agar dapat diketahui siapa yang
benar-benar berminat. Demikian
pula harus diperhatikan siapa yang mengajukan
soalan sesudah acara ceramah
atau pengajian kerana pertanyaan itu sedikit
sebanyak menunjukkan minat orang
yang bertanya terhadap soal-soal keIslaman.
4. Berkomunikasi dengan Ahli
Ibadah
Mengadakan hubungan dengan para ahli ibadah
adalah penting, sebab mereka
besar kemungkinan untuk menerima dan menyambut
idea-idea gerakan dengan
positif.
Masjid dan surau merupakan pusat yang subur untuk
kegiatan dakwah bagi
Jamaah ikhwanul Muslimin atau Gerakan Islam,
kerana masjid merupakan satusatunya
medan yang terbuka dihadapan mereka. Oleh kerana
iu bagi anggota
Ikhwan sebaiknya memanfaatkan kesempatan ini
sebanyak-banyaknya. Untuk
kemudahan penggunaan masjid–masjid tersebut
hendaklah anggota-anggota
gerakan sentiasa berhubung rapat dengan para Imam
masjid dan semua pihak
yang berhubungan dengan masjid.
5. Akhlak Da’i
Pendekatan dakwah melalui akhlak da’i dengan
qudwah(contoh atau teladan) yang
baik, bersih, mesra, ramah, senang didekati,
sikap sofan, dihormati dan disegani,
pendiam dan serius, sedikit tertawa dan senda
gurau, tidak berbolak-balik, halus
budi bahasa, tidak suka mencampuri urusan orang
lain, menjauhi ucapan-ucapan
kotor, kasar dan keji, semua ciri-ciri tersebut
merupakan faktor penting untuk
menarik kepercayaan orang yang didakwah. Oleh
kerana itu hendaklah anda
bersungguh-sungguh membentuk diri dengan akhlak
yang terpuji.
Ciri-ciri tujuan Perjuangan
Gerakan Bersama
Sebagimana yang diketahui bahawa syarat Gerakan
Bersama harus direncanakan
oleh organisasiyang mempunyai sistem dan
peraturan yang rapi sesuai dengan prinsip
dasar yang telah digariskan dengan tujuan
mnecapai cita-cita yang diperjuangkan oleh
jamaah.
Tujuan yang jelas bagi sebuah organisasi adalah
suatu hal yang sangat penting,
kerana dengan itu jamaah organisasi dapat
merencanakan suatu program,
menempatkan individu, melaksanakan kegiatan,
melakukan pengawasan dan menilai
sejauh mana keberhasilan perjuangan.
1) Terdapat berbagai pendapat berkenaan dengan
tujuan Gerakan Islam Ikhwanul
Muslimin. Ada yang mengatakan bertujuan membentuk
sebuah masyarakat
Islam, menegakkan negara Islam, ada yang
mengatakan untuk melaksanakan
undang-undang Islam. Semua pendapat tersebut
tidak ada yang bertentangan
satu sama lain. Kerana setiap pendapat tersebut
memandang dari sisi dan
penekanan masing-masing.
Berdasarkan itu maka dapat dibuat suatu
kesimpulanbahawa cita-cita Gerakan
Islam Ikhwanul Muslimin ialah ingin mewujudkan
apa-apa yang dituntut oleh
Islam itu sendiri. Termasuk di dalam tujuan yang
dikehendaki oleh Islam
adalah:
Menegakkan pemerintahan Islam
Mewujudkan sebuah masyarakat Islam
Melaksanakan hukum-hukum Allah
Memperbaiki, membimbing ke arah hidayah dan
menyelamatkan peribadi dari
segala kesesatan.
2) Semua tujuan diatas dituntut oleh Islam.
Tujuan Gerakan Islam sama luasnya
dengan tujuan Islam itu sendiri. Tetapi untuk
melaksanakan apa yang dituntut
oleh Islam secara lengkap, menyeluruh dan efektif
diperlukan adanya Negara
Islam yang
sebenar, yang dikuasai oleh orang-orang yang benar-benar bekerja
untuk kepentingan Islam.
Tujuan tersebut seharusnya merupakan tujuan yang
pertama yang harus dicapai
dan wajib diperjuangkan oleh setiap gerakan Islam
secara bersama-sama.
Dalam usaha menegakkan Negara Islam, perlu adanya
usaha-usaha lain yang
merupakan sebahagian dari tuntutan Islam seperti
mengerahakan seluruh
potensi untuk meperbaiki peribadi-peribadi anggota
masyarakat ke arah
petunjuk Ilahi, membanteras kemungkaran dalam
masyarakat, mambantu
pekerjaan kebaikan seperti mambangun masjid,
surau atau menolong fakir
miskin dan anak yatim.
3) Seorang anggota yang bekerja dan berkecimpung
dalam bidang pendidikan
peribadi-peribadi dalam masyarakat tidak boleh
dikecam, sebab membimbing
individu dalm masyarakat merupakan tuntutan Islam
pula. Rasulullah s.a.w
besabda:
“Apabila Allah memberi hidayah
kepada seseorang kerana ajaranmu, maka
bagimu lebih baik dari kekayaan
binatang ternakan yang gemuk-gemuk dan
manis-manis.”
Memberi petunjuk kepada seseorang, meskipun tidak
dapat sepenuhnya
melibatkan diri dalam Gerakan atau bergabung
dalam jamaah, masih ada
baiknya. Sekurang-kurangnya ia nanti akan menjadi
pendukung dakwah.
Usaha-usaha dakwah dalam dua bentuk tersebut
merupakan salah satu
faktor untuk mendekatkan cita-cita suci
menegakkan Negara Islam.
4) Usaha membanteras kemungkaran di dalam
masyarakat bertujuan untuk
menolong seluruh masyarakat agar supaya melihat kebenaran
dakwah dan
membina suatu kondisi yang sesuai dalam usaha
menyebarkan bibit-bibit orang
yang dapat menerima dakwah. Sebab dengan
terbuangnya kotoran
kemungkaran, akan menjadi mudah untuk mengubati
penyakit hati yang ada
dalam diri anggota masyarakat.
5) Sedangkan tolong menolong dalam kebaikan
adalah juga dituntut oleh Islam,
kerana dalam waktu yang sama amal tersebut akan
mendatangkan kebaikan
pada Gerakan dakwah dan dapat meninggalkan
pengaruh yang baik dan
suasana kondusif bagi pengaruh kegiatan-kegiatan
Gerakan Islam dalam
masyarakat tersebut. Ini akan menambah
kepercayaan orang dan akan
mendapat sambutan yang baik dari mereka.
6) Perlu diperhatikan bahawa pemikiran yang telah
dijelaskan di atas hanya
merupakan teori dan ketentuan sahaja. Tetapi bila
hendak dipraktikkan, maka
setiap anggota Ikhwan harus memperhatikan hal-hal
berikut:
􀂾 Mengingati
kemampuan dan waktu yang anda miliki terbatas, maka
apabila aktiviti kebajikan terlalu banyak yang
akan dilaksanakan,
hendaklah aktiviti tersebut anda utamakan pada
kegiatan-kegiatan yang
sangat penting dan yang lebih mempercepatkan
proses tujuan utama
jemaah.
Jamaah hendaklah menghadkan tenaga yang terbatas
itu dengan cara
dicurahkan seluruhnyauntuk semata-mata pada
aktiviti amal kebajikan.
Kerana tenaga itu akan sangat diperlukan untuk
memastikan
keberhasilan pencapaian tujuan utama pada suatu
saat nanti. Sebagai
contoh dalam hal ini ialah, apabila seseorang
memiliki wang sangat
terbatas dan tidak dapat mencukupi semua
keperluan, maka sudah tentu
kita akan memilih orang-orang yang paling
memerlukan bantuan kita,
jika kita ingin membantu orang-orang yang
memerlukan bantuan kita.
Jika aktiviti tersebut lebih banyak mendatangkan
kemanfaatan seluruh
umat Islam, bukan hanya bermanfaat kepada
individu tertentu, maka
hendaklah seluruh aktiviti dicurahkan untuk
kepentingan ini. Walaupun
terpaksa menolak permintaan perseorangan yang
memerlukan. Ini bukan
bermakna orang tersebut tidak berhak mendapatkan
pertolongan atau
bantuan, tetapi kerana memenuhi keperluan umat
Islam atau jamaah
lebih utama daripada keperlauan perseorangan.
􀂾 Janganlah
anda dilalaikan oleh masalah yang bersifat sosial kebajikan
sahaja sehingga merosakkan aktiviti utama, iaitu
menegakkan Negara
Islam. Bahkan seharusnya ia memastikan bahawa apa
yang
dilaksanakannya itu sebagai wasilah yang
diharuskan oleh syarak dalam
kontek menegakkan tujuan utama yang sangat
dituntut oleh Islam. Dari
segi ini hendaklah diingat bahawa wasialh atau
cara merupakan alat yang
kedudukannya lebih rendah jika dibandingkan
dengan kedudukan tujuan
dan cita-cita perjuangan.
􀂾 Anda
dibolehkan meninggalkan beberapaa aktiviti sosial atau usahausaha
lain yang dikehendaki juga oleh Islam, kerana mencurahkan
seluruh waktunya untuk melatih, membentuk
persiapan bagi pencapaian
tujuan utama Gerakan Islam. Walau bagaimanapun
anda tetap menjadi
anggota jamaah atau organisasi yang memikul tugas
khusus dan tetap
mendukung identiti jamaah. Oleh kerana itu anda
wajib menyalurkan
usaha dan aktiviti pengkaderan itu sesuai dengan
cita-cita utama
perjuangan. Di sisi lain pihak jamaah dibolehkan
meningggalkan
beberapa perkara yang tidak boleh ditinggalkan
oleh perseorangan, iaitu
mengenai aktiviti yang bersifat peribadi yang
tidak melibatkan nama
jamaah. Demikian pula individu yang tidak
terlibat dengan jamaah atau
organisasi dibolehkan melakukan sebahagian
tindakan yang tidak dapat
dilakukan jamaah. Alasan diterapkan tindakan ini
diambil bedasarkan
sirah Rasulullah saw, di mana semua anggota
masyrakat muslim pada
masa Rasulullah saw patuh pada arahan baginda
melarang mengganggu
kafilah perdagangan orang-orang Quraisy, kerana
terikat dengan
perjanjian Hudaibiah. Sementara itu terdapat
orang-orang Islam yang lari
dari penindasan orang-orang Quraisy Mekah, bukan
sebagai anggota
jamaah masyarakat Muslim Madinah. Dengan demikian
mereka tidak
terikat dengan perjanjian Hudaibiah. Oleh kerana
itu mereka bebas
menyerang kafilah dagang Quraisy ketika melintasi
tempat
persembunyian mereka. Langkah mereka itu
dibenarkan dan wajar.
7) Berdasarkan hal diatas maka terdapat beberapa
kondisi tertentu, dimana
jamaah Ikhwan mengambil sikap yang negatif dalam
beberapa perkara.
Menghadapi hal sebegini setiap anggota harus
bersikap seperti sikap pucuk
pimpinan, yang menilai permasaalahan secara
menyeluruh, bukan perkara yang
biasanya berskala kecil dan tidak mempengaruhi
eksitensi organisasi. Jamaah
Ikhwan mengambil sikap tersebut kerana
sebab-sebab tertentu atau kerana
mengumpulkan tenaga dan kekuatan untuk menghadapi
masalah-masalah yang
tepat yang mungkin terjadi dan memerlukan tenaga.
Dengan demikian
tenaganya tidak habis hanya untuk mengurus
perkara-perkara kecil yang
sebenarnya hanya boleh diselesaikan oleh kumpulan
kecil sahaja.
8) Sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan ini
kadang-kadang menimbulkan
perasaan idak puas hati dikalangan beberapa
anggota Ikhwan. Ini merupakan
hal yang biasa terjadi. Sebabnya tidak lain
kerana mereka tidak dapat
memahami sikap dasar yang diambil pucuk pimpinan
yang bertanggungjawab
terhadap seluruh mekanisme
organisasi.------Anggota yang merasa kurang puas
tersebut, dapat dimaafkan. Tetapi jika perasaan
tidak puas hati tersebut
disebarkan dan sempat mempengaruhi anggota lain,
maka ini jelas merupakan
kesalahan yang tidak dapat dimaafkan.--- Saidina
Umar r.a telah melahirkan
rasa ketidakpuasan hatinya terhadap perjanjian
Hudaibiah yang telah
dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w padahal
Umar adalah seorang mukmin
yang selalu mendapat ilham. Tetapi dalam perkara
ini saidina Umar tidak dapat
menyelami hikmah yang tersirat di balik
perjanjian itu, sehingga Abu Bakar
memberi penjelasan kepadanya bahawa Umar wajib
beriltizam dan menerima
dengan senang hati. Barulah setelah itu ia puas
dan lenyaplah segala keraguan
yang ada dalam hatinya, dan dia tidak menyebarkan
rasa tidak puas hatinya di
kalangan umat Islam pada waktu itu. Jika misalnya
dia bertindak
mempengaruhi umat Islam dan melahirkan kelompok
yang mendukung
sikapnya, maka tidak akan dimaafkan kesalahannya
itu, kecuali dia meminta
maaf dan bertaubat.
D. KESINAMBUNGAN GERAKAN
BERSAMA
PENGERTIAN GERAKAN BERSAMA
Aktiviti yang;
i. Bersumber dari
keputusan jamaah
ii. Lahir iii. Sesuai dengan
dari jamaah ketentuan yang
yang teratur telah digariskan
iv. Berusaha mencapai v. Tidak bertentangan
Tujuan yang telah dengan syura
Ditentukan
AKTIVITI GERAKAN BERSAMA
KEGIATAN INTERN
(TARBIYAH ANGGOTA)
Bai’ah 10 Rukun
Usrah-usrah
Wirid harian
Latihan-latihan
Qiamullail
Rihlah diniah
Kunjungi orang sakit
Membantu yang kesusahan
Melaksanakan 40 kewajiban
Melaksanakan 10 pesan keselamatan dan menjauhi 10
yang merosakkan
Berbuka puasa bersama
Majlis tilawah al-Quran
Keputusan yang sepakat dan jelas dari jamaah
Tidak bertentangan dengan hukum Islam
Niat ikhlas
KEGIATAN EXTERN
(TARBIYAH MASYARAKAT)
Mengadakan:
Penerbitan buku-buku
penulisan di media massa
risalah-risalah
pertemuan
kelab dan persatuan
simposium
kursus-kursus
dakwah umum
rapat umum
pidato dan ceramah
khutbah
kunjungan tokoh-tokoh
mengajar
demontrasi
tidak harus semua anggota, cukup seorang ,bila
mampu
sekurang-kurangnya peringkat rukhsah atau darurat
liwajhillah semata
Dasar-Dasar Sistem dan Strategi
Dakwah
USLUB
projek penulisan
selebaran am
pertemuan
demontrasi
cara lunak
cara tegas
cara nasihat
cara kekerasan
pilih tema yang sesuai
penyampaian dalam bahasa yang mudah
tidak menyentuh dosa hadirin
antara keras dan lunak
menguasai persoalan
menarik perhatian
menyakinkan
berpengaaruh
mujadalah hasanah
uswah hasanah
MARHALAH
bergerak sesuai dengan kekuatan jamaah
bergerak perlahan di waktu lemah/permulaan
bergerak keras dikala kuat/peluang terbuka
peringkat ta’arif mendalami kesedaran Islam
dikalangan massa dan anggota
strategi memperbanyaak anggota/pengikut/pendukung
ahsia peringkat takwin/permulaan pembentukan
jamaah
menempuh cara-cara rahsia sesuai dengan kondisi
dan situasi
bergerak secara rahsia tidak dapat dibatasi
ketentuannya
MAUDHU’
Islam sebagai Din(cara hidup)
Keimanan kepada Allah, Rasul dan Hari Akhirat
Ibadah
Komitmen dengan keseluruhan Islam
Penekanan segi keimanan, ibadah serta sentiasa
berhubung dengan Allah
Jangan mengikuti arus politik semata atau selera
semasa
berusaha meninggkan pengaru kepada para pendengar
KHAIFIAT
Dakwah Fardhiyah
Penyebaran buku, risalah jamaah
ceramah-ceramah umum
pengajian umum
berkomunikasi dengan ahli-ahli ibadah di
masjid-masjid
akhlak da’i yaang tinggi dan murni
nasihat umum secara targhib dan tarhib
1. Gerakan bersama akan mendatangkan hasil
serta dapat mencapai tujuan dan
cita-citanya apabila kegiatannya bersambungan.
Kesinambungan kegiatan ini
merupakan faktor penting baik sebelum atau
sesudah tercapainya tujuan, agar
kejayaan yang diraih itu dapat dipertahankan.
2. Kegiatan yang berkesinambunganmenjadi syarat
penting sebelum jamaah dapat
mencapai tujuannya. Kegiatan yang terputus-putus
akan menimbulkan
hilangnya pengaruh gerakan. Dengan demikian
kegiatan masa lalu tidak
mendatangkan hal-hal yang baru, dan hanya
merupakan pengulangan aktiviti
lama yang sia-sia. Ibarat menggali parit yang
dalam dan panjang, kemudian
ditinggalkan terbengkalai begitu lama, sehingga
tertimbun tanah lagi, yang
kemudiannya digali lagi seperti semula. Sudah
tentu penggalian tersebut hanya
berupa penggulangan galian pertama yang sudah
tertimbun tanah tadi. Hal ini
jelas merupakan kerja yang sia-sia. Demikian juga
halnya dalam aktiviti dakwah
Gerakan Bersama, jika
terputus maka matlamat dakwah cepat hilang, sehingga
memerlukan usaha baru lagi untuk mengulangi
matlamat dakwah pertama yang
sudah hilang tersebut. Persoalan ini selaras
dengan hadis Nabi yang diriwayatkan
oleh Aisyah r.a berikut:
“Amalan agama yang paling disukai oleh
Rasulullah s.a.w ialah amalan yang
berkekalan yang dilakukan oleh
yang mengamalkannya.”
Kegiatan yang berkesinambungan, walaupun sedikit
amat berkesan, dan
sebaliknya kegiatan yang tidak berkesinambungan
walaupun banyak dan besar,
pengaruh dan kesannya sangat kurang, bahkan akan
hilang di makan waktu.
E. PERLUNYA KEMANTAPAN
ORGANISASI
1. Gerakan bersama yang berkesinambungan
bergantung pada keutuhan dan
kemantapan organisasi tanpa ada keretakan dan
perpecahan. Perpecahan dalam
organisasi akan membawa sikap berkelompok dan
muncullah pergolakan
dalaman organisasi. Ini jelas akan mengakibatkan
terencatnya aktiviti Gerakan
Bersama kerana
segala aktiviti ditujukan untuk mengembalikan kestabilan
organisasi. Hal ini tidak ubah sepertiusaha
kontraktor yang akan membina
sebuah gedung. Sebelum bangunan itu didirikan,
terjadilah perselisihan
dikalangan pemaju dan kontraktor, hingga terpaksa
kegiatan pembinaan gedung
dihentikan. Sementara tenaga dan potensinya
dikerahkan ntuk menyelesaikan
sengketa dalaman pembinaan.
2. Gerakan Bersama dapt bersambung apabila
mampu mempertahankan semangat
anggotanya ke tahap yang paling tinggi dan kuat.
Jika mereka ditimpa perasaan
futur, letih dan malas, maka prestasi Gerakan
Bersama juga akan turut menurun
bahkan merosot, kerana kekuatan Gerakan
Bersama terletak dipundak para
anggotanya, bukan pada orang lain. Oleh kerana
itu dengan mengembalikan
kekuatan dan semangat mereka, maka Gerakan
Bersama akan kembali kuat,
aktif dan berpotensi.
3. Persatuan, disiplin, semangat serta ketahanan
anggota merupakan faktor
terpenting bagi kesinambungan Gerakan Bersama.
Kesinambungan Gerakan
Bersama yang
efektif, walaupun sedikit tetapi cukup penting untuk meraih
tujuan yang diperjuangkannya.
4. Persoalannya ialah, bagaimana cara menjaga
persatuan, keutuhan organisasi,
melestarikan disiplin dan semangatseta ketahanan
anggota jamaah. Untuk
menjayakan hal tersebut bukan suatu yang mudah
kerana sumber tenaga
As-Syaikh Mushthafa Masyhur
- 26 -
Gerakan Bersama adalah
manusia, bukan mesin. Dan untuk melestarikan
semangat dan disiplin manusia jauh lebih sukar
dan lebih beratdaipada sebuah
mesin yang dapat bekerja terus menerus dan teratur.
F. FAKTOR-FAKTOR TERWUJUDNYA
KETAHANAN ORGANISASI
1. Walaupun tercipanya ketahanan organisasi ini
suatu pekerjaan yang sukar,
namun dengan pertolongan Allah segalanya akan
menjadi mudah, jika kita
mengetahui sesuatu yang menjadi punca bencana,
seperti terjadinya dalam
organisasi Ikhwan yang keutuhannya pernah goyah.
Timbullah pergolakan
yang menggoncangkan kepimpinannya. Akibatnya
semangat sebahagian
anggota-anggotanya merosot.
2. Jika kita sudah mengetahui punca tentang
sumber bencana, maka kita harus
selalu berwaspada dan mengambil langkah-langkah
pengamanan, serta
denagan cepat membanteras sumber bencana sebelum
menular.
G. ANCAMAN-ANCAMAN YANG DAPAT
MENGHANCURKAN ORGANISASI
Ancaman yang biasa dihadapi oleh setiap
organisasi hingga menimbulkan krisis
dan perpecahan organisasi serta merosotnya
semangat anggota, bersumber pada
ancaman luaran dan ancaman dalaman
1. Ancaman Luaran
a. Dengan lahirnya Gerakan Islam Ikhwanul
Muslimindan kegiatan
dakwahnya di tengah-tengah masyarakat yang
moralnya telah rosak,
maka dengan sendirinya akan timbul perlawanan
dari pihak masyarakat
yang fasiq, terutama dari kelompok
pendukung kebatilan yang hendak
melestarikan sistem toghut yang mereka dukung.
b. Perlawanan dan penentangan ini kadang-kadang
melibatkan pihak-pihak
berkuasa dalam pemerintahan yang pada umumnya
terdiri daripada
manusia-manusia yang fasiq juga. Dengan
ini bererti bahawa gerakan
dakwah Ikhwan akan berhadapan dengan penentang
dan lawan yang
tidak seimbang. Oleh kerana itu penting untuk
dikaji lebih mendalam
serta dinilai sejauhmana daya ancamannya,
disamping harus difikirkan
bagaimana cara mengatasi bahaya yang mengancam
atau sekurangkurangnyaagar
tidak begitu banyak merosak keutuhan organisasi.
c. Dalam mengkaji dan menyusun strategi
menghindari bahaya itu harus
teliti dan objektif, kerana kekeliruan dalam
menentukan taktik dan
strategi, baik sedikit atau banyak akan
merosakkan jamaah atau
organisasi. Misalnya kalau bersikap terlalu
penakut akan mengakibatkan
kebekuan dan sikap negatif. Akhirnya mereka
menjadi tukang angguk,
manusia bingung, pecinta kebendaan dan kemewahan
serta takut mati
syahid. Akan tetapi sebaliknya jika bersikap
terlalu berani secara
membabi buta akan menjerumuskan organisasi ke
dalam bahaya dan
melumpuhkan kegiatan.
d. Oleh kerana itu dalam menentukan khittah dan
strategi bergantung pada
perhitungan sejauhmana kerosakan yang ada dan
sejauhmana kekuatan
organisasi serta di tahap mana organisasi itu
berada. Di samping itu perlu
juga dibuat perkiraan antara keburukan yang akan
dihadapi dengan
kebaikan yang akan diperolehi. Sebab upaya
menjaga diri dan
mengelakkan bahaya berdasarkan pada perhitungan
yang akan diambil.
e. Dalam menilai organisasi secara menyeluruh
akan mengukur sejauhmana
kekuatan serta kondisi sekeliling, tidak
berdasarkan pada pandangan dan
pendapat anggota biasa. Semua penilaian dan
perhitungan harus
dikembalikan kepada pucuk pimpinan dan pihak yg
bertanggungjawab
dalam organisasi itu sendiri, kerana pihak
pimpinan akan lebih
mengetahui secara terperinci dan menyeluruh
kedudukan organisasi
daripada anggota biasa.
f. Ketentuan penilaian dan pengukuran ini pada
umumnya bersandar pada
keadaan, situasi, tempat, kewibawaan pemimpin,
pengalamandan
pengetahuan yang dimilikinya. Dan di sana ada
beberapa ketentuan dan
garis panduan umumyang dapat dijadikan dasar
untuk diikuti oleh
seluruh pimpinan sepanjang masa dan tempat serta
tingkat kepimpinan.
Ketentuan itu diantara lain:
I. Dasar kewaspadaan dan menjaga diri harus
seimbang dengan
kekuatan organisasi. Jika ketentuan organisasi
tersebut masih
lemah, maka sikap berhati-hati dan menjaga diri
harus diutamakan
dan diberi perhatian serius, sehingga aktiviti
pembinaan kekuatan
berjalan dengan baik dan dapat ditingkatkan
ketingkat yang
sewajarnya. Jika sikap ini diabaikan, maka
kedudukan organisasi
akan terancam oleh bahaya-bahaya yang akan
mengakibatkan
terencatnya proses pembinaan kekuatan.
II. Sikap was-was diri bergantung juga pada dekat
atau jauhnya
organisasi itu dengan tujuannya. Ringkasnya
apabila perjuangan
telah mendekati tujuannya dan memerlukan
keterlibatan seluruh
anggota untuk tampil ke muka secara terbuka, maka
tahap menjaga
diri tidak diperlukan lagi. Jika organisasi
tersebut masih jauh
tujuannya, maka sikap menjaga diri harus diberi
perhatian serius.
Pengabaian terhadap masalah tersebut akan memberi
kesempatan
pada pihak musuh dengan secukupnya memusnahkan
organisasi
III. Penilaian kekuatan organisasi dan
perhitungan besar kecilnya
bahaya yang menggelilingibnya, tidak dapat dibuat
berdasarkan
perasaan, semangat yang berkobar-kobar atau
extremisme, tetapi
hendaklah dinilai dengan menurut realiti dan bersifat
objektif.
g. Membuat penilaian dan perhitungan yang tepat
bukan masalah yang
mudah. Kadang-kadang oleh kerana ghairah, emosi,
terlalu beranganangan
syahid dijalan Allah, kerana tidak mahu dianggap
pengecut, atau
kerana terlalu takut bahaya menimpa diriatau
organisasi, maka kekuatan
organisasi didudukkan lebih dari sewajarnya dan
terlalu memandang
ringan bahaya yang ada disekitarnya. Penilaian
yang tidak tepat ini akan
mengakibatkan kehancuran organisasi. Selain itu
sikap terlalu menjaga
keselamatan diri dan tidak mengutamakan syahid
dalam perjuangan akan
melahirkan anggapan kecil terhadap kekuatan
organisasi dan terlalu
membesar-besarkan bahaya sampai orang itu jatuh
ketingkat pengecut.
Beberapa faktor yang dapat membantu membuat
perhitungan yang
benar, seperti berikut, harus mendapat perhatian
sewajarnya:
I. Risiko kesalahan membuat perhitungan dan
penilaian tidak dapat
diperbaiki atau ditebus. Hal ini akan
mengakibatkan munculnya
orang-orang yanag semata-mata bermodalkan
semangat yang
berkobar-kobar dengan seluruh jiwa raganya dan
siap untuk syahid.
Tetapi maslahnya terletak pada persoalan apa yang
akan dicapai
dengan pengorbanan anggota tersebut? Apakah
kehilangan anggota
itu lebih menguntungkan dakwah dan organisasi
daripada
kebendaannya?
II. Jiwa anggota bukan hak miliknya dalam erti
kata yang sebenarnya.
Dengan demikian tidak wajar bagi seseorang
anggota melakukan
tindakan sesuka hatinya tanpa dibenarkan oleh
pemiliknya yang
hakiki, iaitu Allah SWT. Berdasarkan hal ini,
maka sikap keterlaluan
dalam menitikberatkan persoalan besar kecilnya
kekuatan
organisasi sangat tidak berguna dan merugikan.
III. Organisasi bertanggungjawab dan berkewajipan
mengendalikan
perjuangan sebaik-baiknya sesuai dengan perintah
hukum Islam,
atau sekurang-kurangnya yang dibenarkannya.
IV. Harus selalu mendalami perjalanan dakwah pada
masa permulaan
Islam dan memanfaatkan pengalaman-pengalaman
gerakan dakwah
seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah
berkecimpung
selama tiga puluh tahun. Dan
pengalaman-pengalamannya itu
merupakan usaha yang gigih dan telah dibayar
dengan pengorbanan
yang tinggi. Gerakan Islam hendaklah tidak
mensia-siakan
pengalaman itu, kerana seorang mukmin tidak
sewajarnya jatuh ke
dalam lubang dua kali.
V. Wajar difahami sedalam-dalamnya bahawa
tindakaan menentang
bahaya secara terbuka memerlukan kekuatan yang
seimbang atau
jika kurang, harus sesuai dengan kadar
kekurangannya. Sebab
kekuatan yang tidak seimbang, tidak mungkin mampu
menentangnya secara terbuka. Seribu kafir yang
lengkap senjatanya,
tidak mungkin, menurut logik-dapat dihadapi oleh
sepuluh orang
muslim tanpa senjata. Persoalan kalah atau menang
berjalan sesuai
dengan Sunnatullah. Oleh kerana itu menurut
Sunnatullah, baru
akan menang kalau kekuatan musuh dihadapi dengan
seimbang.
Maka kita tidak boleh mengharap atau
menunggu-nunggu sesuatu
yang di luar Sunnatullah dalam usaha menghadapi
musuh Islam.
h. Kekuatan iman jelas merupakan kekuatan yang
sangat bernilai dan
memiliki pengaruh tersendiri. Tetapi iman ini pun
harus disertai
pertimbangan fikiran yang sihat. Oleh kerana itu
Nabi Muhammad s.a.w
berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan cara yang
berliku-liku dan
bersembunyi selama tiga hari di Gua. Allah
berfirman:
“hai Nabi, kobarkanlah semangat
para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua
puluh orang yang sabar di
antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200
orang musuh. Dan jika ada
seratus orang yang sabar di antara kamu, mereka dapat
mengalahkan seribu orang dari
orang-orang kafir disebabkan orang-orang kafir itu
kaum yang tidak mahu mengerti.”(Al-Anfal:65)
Itu jelas menunjukan bahawa kekuatan iman tetap
mengambil perhatian pada
kekuatan akal dan kebendaan dalam kadar dan batas-batas
tertentu. Jika kekuatan iman
sahaja dari beberapa orang pejuang sudah cukup
mutlak untuk mengalahkan musuh
yang banyak, yang ditunjang peralatan lengkap,
maka sudah tentu kemenangan telah
diraih oleh Rasulullah s.a.w bersama-sama umat
Islam ketika di Mekah dan tidak perlu
Nabi berhijrah ke Madinah.
Apabila anggota organisasi telah memahami
pengertian tersebut di atas, maka
anggota dapat membuat penilaian yang mendalam
mengenai kekuatan organisasi dan
bahaya yang mengancam di sekitarnya menurut ukuran
yang sebenarnya, kerana
kekeliruan dalam membuat perhitungan akan
mengakibatkan malapetakadan
kehancuran.
Al-Quran menjelaskan, jika terdapat dua puluh
orang yang sabar dapat
mengalahkan dua ratus orang kafir(Al-Anfal:65),
kemudian dikurangi jumlahnya kepada
seratus yang sabar mengalahkan dua ratus orang
kafir(Al-anfal:66)
H. CARA-CARA MENGHINDARI
ANCAMAN
Untuk menjaga diri dari ancaman yang datang dari
luar berdasarkan pada
kerahsiaan bergerak, pengorganisasian, kerahsiaan
dalam pimpinan. Maka tiga faktor
ini masing-masing mempunyai pengertian, tujuan
dan cara tersendiri.
1. Kerahasiaan dalam Bergerak
Iaitu bekerja, begerak terus-menerus dengan cara
diam-diam, tanpa gembargembur
dan tidak bermaksud mempamerkannya kepada umum.
Berbagai cara(uslub)
dapat dilakukan misalnya melalui cara hubungan
individu dengan orang-orang tertentu
untuk mengembangkan dakwah, menarik anggota,
memperbanyak pendukung, dengan
melalui acara-acara pertemuan khusus untuk
anggota, atau melalui pertemuan usrah di
waktu malam melalui berbagai penulisan atau
selebaran am, penyataan-penyataan ,
baik atas nama organisasiatau tidak. Dapat juga
bergerak atas nama badan-badan
tertentu. Dan melalui pengajian-pengajian di
majid-masjid yang biasa diberikan oleh
para ulamak. Begitu juga melalui kem-kem atau
kursus-kursus yang dikelola baik oleh
lembaga atau tanpa nama, dan melalui pertemuan
khusus untuk kader-kader dan
pendukung dakwah.
Semua jenis kegiatan tersebut kerahsiaannya
antara satu dengan lainnya berbeza
cara dan kadarnya. Dan ada beberapa diantaranya
yang sama sekali tidak perlu
dirahsiakan(dapat dilakukan secara terbuka).
Hanya pucuk pimpinan yang berhak
menetukan macam kegiatan yang sesuai denagn
situasi tahapan jamaah, menilai serta
membuat perhitungan terhadap bahaya-bahaya yang
diduga akan mengancam, seperti
telah dijelaskan dalam ketentuan menjaga diri
secara umum.
2. Kerahsiaan dalam Pengorganisasian
Kerahsiaan dalam masalah ini sangat penting.
Struktur pimpinan gerakan
seharusnya dirahsiakan untuk umum, terutama bagi
musuh-musuh dakwah. Bahkan ada
beberapa jabatan atau biro dalam organisasi yang
seharusnya dirahsiakan untuk anggota
biasayang tidak ada kepentingannya dengan biro
yang bersangkutan, sebab mungkin
saja secara tidak sengaja mereka membuka masalah
ini kepada musuh-musuh dakwah.
Memang kita menyedari bahawa rahsia sebahagian
struktur organisasian ini
kadang-kadang akan menimbulkan prasangka yang
tidak sihat di sekitar perjalanan
dakwah dan terhadap personaliti pimpinan yang
bertanggungjawab untuk merahsiakan
kepimpinan itu. Kerahsiaan ini pada umumnya
ditentukan oleh faktor suasana pada
masa itu.
Demikian juga jika kerahsiaan pengorganisasian
ini serta tokoh-tokoh yang
mengendalikan jamaah terus-menerus dirahsiakan,
maka akan menimbulkan banyak
tanda-tanda pada sebahagian anggota. Bahkan
kemungkinan besar akan lebih banyak
menimbulkan buruk sangka dari sebahagian anggota
serta akan menimbulkan
pandangan yang lain pula mengakibatkan tidak
objektifnya penilaian terhadap
perjalanan dakwah dan Gerakan Islam Bersama. Oleh
kerana itu untuk mencari titik
temu dalam masalah ini perlu diberikan pengertian
yang sebaik-baiknya kepada
anggota, agar mereka memberikan kepercayaan penuh
kepada pemimpin jamaah untuk
melanjutkan kerahsiaan sebagi struktur
organisasinya.
3. Kerahasiaan dalam Pimpinan
Kerahsiaan di sini maksudnya ialah merahsiakan
nama-nama anggota pimpinan
kepada umum, terutama saf pimpinan yang
bertanggungjawab di dalam gerakan.
Musuh-musuh dakwah selalu berkeinginan untuk
mengetahui nama-nama para
pimpinannya yang bertanggungjawab mengendalikan
organisasi tersebut. Oleh kerana
itu nama-nama mereka perlu dirahsiakan. Ini bukan
bermakna melarang anggota untuk
memperlikatkan peribadinya pada mereka yang
didakwahi, bahkan ia boleh melahirkan
peribadinya setelah ia puas hati dan mantap
dengan sikap positif yang ditunjukkan
kepadanya. Dalam kerahsiaan ini termasuk juga
anggota-anggota tertentu yang
merahsiakan dirinya dari anasir-anasir musuh.
Markaz gerakan Islam selalu menjadi sasaran
pengintipan. Oleh keran itu kita
harus berhati-hati dalam masalah ini, dan harus
mencari jalan untuk memelihara semua
dokumen-dokumen yang memperlihatkan nama-nama
pimpinan dan strategi organisasi.
Di antara ciri-ciri kerahsiaan individu tertentu
ialah dengan cara menggunakan
nama samaran dalam hubungan surat-menyurat, dan
dalam percakapan antara telifon,
kerana pihak musuh selalu mengikuti jejak anggota-anggota
Gerakan Islam. Taktik
semacam ini sangat diperlukan pada waktu
ketegangan dan permusuhan sedang
memuncak atau jika tekanan terhadap Gerakan Islam
kian meningkat.
Ketiga masalah tersebut dalam kontek
kerahsiaannya, mempunyai kedudukan
sama, iaitu tidak boleh dengan sengaja
dikemukakan kepada umum. Tetapi bila hal-hal
yang dianggap patut dirahsiakn bocor juga, dengan
cacatan tidak menjelaskan
kedudukan dan strukur serta operasi-operasi
gerakan, maka jamaah dapat
dimanfaatkan, kerana tidak memberikan gambaran
jelas tentang keadaan dalaman
gerakan bagi musuh-musuh dakwah. Pembocoran yang
disengaja oleh anggota sendiri
merupakan imformasi yang jelas dan menyakinkan
bagi musuh-musuh yang
menyebabkan mereka dapat menentukan saat yang
tepat untuk menghancurkan jamaah.
I. ANCAMAN DALAMAN
1) Yang dimaksudkan dengan ancaman dalaman ialah,
semua bentuk perpecahan,
krisis dalam organisasi dan gejala-gejala yang dapat
mengakibatkan
kehancuranyang bersumber dari dalam jamaah itu
sendiri. Ancaman dalaman ini
lebih bahaya berbanding dengan ancaman luaran.
Dan ancaman inilah yang
menyebabkan jamaah sampai musnah, seperti bom
waktu yang diletakkan di
sebuah bangunan, walaupun ledakannya tidak
memusnahkan seluruh
bangunan, tetapi bangunan itu sendiri akan rosak
dan runtuh.
2) Bahaya ini tidak akan datang secara serentak,
tetapi pada umumnya secar
beransur-ansur. Di tingkat awal ia nampak sebagai
masalah remeh dan kecil,
kemudian semakin membesar dan serius, seperti
api, kecil jadi kawan besar
menjadi lawan. Begitu juga keadaan jamaah , bila
percikan api perpecahan itu
tidak segera dipadamkan, maka lambat atau cepat
ia akan menjadi perpecahan
yang sangat serius yang mengancam keutuhan
seluruh jamaah.
3) Masalah ini menghendaki kewaspadaan yang
tinggi dan harus diambil langkahlangkah
pencegahannya. Kita berkewajipan mengubati secara
cepat, bila nampak
adanya tanda-tanda api perpecahan walaupun pada
mulanya kelihatan kecil
sahaja.
J. FAKTOR-FAKTOR ANCAMAN
DALAMAN
Faktor-faktor yang menyebabkan rosaknya
jamaahdari dalam banyak sekali,
namun yang terpenting adalah seperti berikut:
“Mungkin pada suatu saat anggota jamaah lupa
terhadap peraturan
organisasinya atau salah dalam memahaminya.
Implikasinya akan menimbulkan
beberapa masalah yang membawa jurang yang sangat
berbahaya dan sekaligus
merupakan bibit yang amat membahayakan perpecahan
dari dalam, disedari atau tidak
oleh anggota.”
Misalnya dalam masalah pandangan usul-usul
anggota yang mengemukakannya
dan kepatuhan pada pimpinan dalam hal-hal yang
baik.
1) Pandangan dan Usul-Usul
a. Pandangan dan usul-usul adalah hak setiap
anggoa kerana setiap anggota
bebas mengemukakan pandangan dan usul-usul yang
dianggap berguna.
Setiap pandangan dan usul-usul ini hendaklah
dikemukakan menurut
salurannya. Perlu juga diperhatikan bahawa apa
yang dikemukakannya itu
tidak lebih dari hanya sebagai usul-usul atau
pandangan sahaja, bukan
merupakan suatu persoalan yang bersifat wajib.
Sebab jika wajib tentu bukan
usul-usul namanya. Dan pandangan yang dikemukakan
oelh seseorang
anggota mungkin dapat diterima dan mungkin
ditolak oleh jamaah.
Semuanya bergantung pada penilaian pihak yang
bertanggungjawab dalam
jamaah. Jika usul-usul itu diterima maka anggota
tersebut mendapat pahala
menganjurkan kebaikan. Sebaliknya bila ditolak ia
juga mendapat pahala niat
baiknya. Ia tidak bertanggungjawab terhadap
penolakan usl-usul tersebut.----
Begitulah pengertian masalah pandangan dan
usul-usul yang dikemukakan
para anggota. Jika anggota-anggota menerima
konsep tersebut, maka
sikapnya adalah tepat dan akan mendapat pahala,
tetapi jika menolak konsep
tersebut, maka ia akan menjadi salah satu
penyebab menimbulkan berbagai
bencana kehancuran dan ketegangan dalam tubuh
jamaah.
b. Di antara indikasi penolakan terhadap konsep
dan aturan mengemukakan
pandangan dan usul-usul di atas, adalah jika
seorang anggota tidak
mengemukakan pandangan dan usul-usulnya melalui
salurannya yang rasmi
dalam organisasi, tetapi sebaliknya ia
membicarakannya di berbagai tempat
di mana anggota-anggota gerakan berkumpul. Bahkan
kadang-kadang ia
mengemukakan dalam bentuk kecaman yang menusuk
jamaah, atau
melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap kelemahan
pimpinan secar pukul
rata. Ucapan dan tindak-tanduknya kadang-kadang
menimbulkan sikap
berkelompok dalam satu jamaah, ada yang pro dan
ada yang kontra. Maka
timbullah pertarungan sengit di antara
kelompok-kelompok tersebut. Dan
kadang-kadang perselisihan pendapat tersebut
semakin tegang yang
mengakibatkan permusuhan. Ini menjadikan para
anggota sibuk sendiri
dalam perkara-perkara yang sifatnya sampingan,
saling mencaci, saling
mengumpat dan saling menuduh, sehingga segala
keberkatan amal menjadi
musnah; hati-hati menjadi keras, cita-cita
menjadi rosak dan penyakit
perpecahan semakin merosak ke tubuh jamaah.
c. Bila anggota mengemukakan pandangannyamenurut
saluran organisasi,
tetapi ia melupakan bahawa pandangan-pandangannya
itu sebenarnya
hanyalah merupakan saranan atau usul-usul saja,
dan bukan merupakan nas
Syar’i yang tidak boleh diperdebatkan, maka
kedudukannya sama dengan
pandangan yang tidak melalui saluran organisasi.
Jika saranan itu ditentang
oleh saranan anggota lain maka itu suatu hal yang
wajar di dalam suatu
jamaah.
d. Jika pandangan itu memang baik dan berguna
tetapi dapat diterima
disebabkan oleh beberapa faktor yang
menghalangnya ; seperti daya dan
kemampuan yang masih terbatas untuk melaksanakan
pandangannya, atau
kerana jamaah sedang memfokuskan perhatiannya
kepada masalah-masalah
lain yang lebih penting, atau jika saranan itu
dilaksanakan justeru akan
merugikan jamaah dari sisi lain, saranan ini pun
tidak dapat dipaksa.
Demikian seterusnya apabila anggota tidak
berpegang teguh pada konsep
yang betul, maka ia akan terperosok kedalam
perangkap bahaya yang
mengakibatkan timbulnya berbagai malapetaka dan
dosa, dan menjadikan
dirinya sebagai hamba syaitan.
2) Kepatuhan pada Pimpinan
dalam Hal yang Baik
a. Konsep kepatuhan ini sama dengan apa yang
telah diterangkan tentang
k0onsep ‘pandangan’ dan ‘usul-usul’ yang jelas
terbatas dan mudah. Anggota
harus patuh dan taat pada pimpinan yang
bertanggungjwab dalam masalahmasalah
yang tidak mengandung maksiat kepada Allah.
Kemaksiatan disini
adalah kemaksiatan yang berdasarkan nas yang
pasti menurut hukum Islam.
Di dalam pengertian taat di sini, termasuk taat
kepada pimpinan dalam
masalah-masalah yang mubah atau yang berdasarkan
ijtihad. Ketaatan ini
pada hakikatnya dalam rangka ketaatan kepadaa
Allah dan mencari redha-
Nya. Kadang-kadang sebahagian anggota telah
melupakan konsep ketaatan
yang sebenarnya, sehingga mereka menentang
sebahagian keputusan
pimpinan berdasarkan ijtihad. Penentangn itu
kadang-kadang dilahirkan
secara terbuka dengan penuh emosi dan kemarahan,
di samping mereka
mempengaruhi anggota-anggota lainnya. Dan
kegiatan mereka menimbulkan
kelompok-kelompok dalam satu jamaah yang
mengakibatkan timbulnya
perpecahan.
b. Untuk menyelesaikan dan mengubati penyakit
ini, setiap anggota harus
memahami sepenuhnya tentang tuntutan, kewajiban
selaku anggota jamaah.
Yang dituntut bagi seorang anggota adalah
melaksanakan tugas yang
diamanahkan kepadanya dengan sebaik-baiknya dan
secepat mungkin, serta
berusaha dengan sungguh-sungguh untuk
mempertahankan keutuhan
jamaahnya agar selalu dalam keadaan teguh dan
padu. Di samping itu
seorang anggota harus berusaha menghindari sumber
perpecahan,
persengketaan dan perselisihan, serta krisis
dalam jamaah. Jika dikalangan
anggota terdapat orang yang patut dinasihati dan
diingatkan, maka bagi
anggota lainnya harus mengingatkan mereka dengan
saluran yang sesuai
dengan aturan jamaahnya. Dan hendaknya setiap
anggota berhati-hati agar
tidak melanggar batas-batas konsep taat yang baik
ini. Jika konsep taat ini
dinodai oleh anggota, maka sesungguhnya ia telah
terperangkap dalam tipu
daya syaitan.
c. Jika jamaah Ikhwanul Muslimin bersatu padu
laksana batu-bata yang
tersusun rapi, maka syaitan-syaitan akn berduka
cita. Oleh kerana itu setiap
tindakan yang memecah belah persatuan jamaah akan
diberikan gambaran
yang baik kepada anggota. Kadang-kadang akibat
keghairahan berdakwah
telah mendorong beberapa anggota untuk menentang
pandangan jamaah
atau tidak komitmen dengan keputusan jamaah, atau
mendorong kegiatan
untuk melemahkan keutuhan jamaah. Oleh kerana itu
kegiatan anggota
tersebut dianggap sebagai anasir yang menghancurkan
bukan anasir yang
membangun.
d. Sumber ancaman dalaman yang paling penting
antra lain adanya beberapa
anasir yang menyusup di dalam tubuh organisasi
dengan mempengaruhi
anggota yang lemah untuk menghancurkan keutuhan
organisasi.------
Penyusupan tersebut bertujuan melalaikan anggota
dan menghabiskan waktu
untuk menghadapinya, yang tidak bermanfaat untuk
dakwah. Kecaman juga
sering dilemparkan terhadap kader-kader dakwah
yang mati-matian
melaksanakan tugas-tugas yang dibebankan
kepadanya. Kadang-kdang
golongan yang terpengaruh oleh anasir-anasir ini
telah terpujuk oleh syaitan
dengan menganggap tindakannya itu semata-mata
untuk kepentingan dan
kebaikan dakwah. Jika bisikan syitan tersebut
benar-benar menguasai hati
mereka, akan mendorong mereka untuk melakukan
tindakan-tindakn yang
menimbulkan perpecahan. Mereka akan mencuba
mempengaruhi anggota
agar memihak kepdanya, dengan menggunakan apa
cara sekalipun, dan
memanfaatkan segala macam kesempatan bahkan
mereka akan
menggunakan cara-cara dusta dan tuduhan-tuduhan
liar terhadap jamaah
dan membesar-besarkan kesalahan kecil serta
menganggap remeh segala jasa
dan usaha yang telah disumbangkan orang lain.
Keadaan ini telah memaksa pihak pimpinan jamaah
mengerahkan segenap tenaga untuk
memadamkan fitnah dan mematahkan segala tipu daya
muslihat anasir-anasir perosak
yang sedikit sebanyak telah berhasil mencapi
tujuannya, kerana mungkin sebahagian
ada yang terpengaruh dengan ucapan-ucapannya.
K. PEMBEBASAN DARI
ANASIR-ANASIR PEROSAK JAMAAH
Untuk membebaskan jamaah dari unsur-unsur perosak
yang dapat memecah belahkan
jamaah terletak pada dua ketentuan utama yang
harus selalu diingati dan diketahui oleh
anggota jamaah.
Ketentuan Pertama
Setiap perkataan yng diucapkan dan tindakan yang
dilakukan oleh anggota yang
bertentangan dengan prinsip-prinsip jamaah dan
menyalahi konsep-konsep dakwah
Islamiyah serta bertentangan dengan konstitusi
organisasi, dianggap salah dan anggota
yang bersangkutan harus bertanggungjawab.
Ketentuan Kedua
Kedudkn seseorang menurut penilaian jamaah
berdasarkan pada tingkat
kemampuan pemahamannya. Ini dapat dilihat dari
tutur katanya serta tindakannya,
apakah ia bertetapan dengan prinsip jamaah,
sesuai dengan konsep dakwah dan
konstitusi organisasi, atau sejauh mana ia telah
menyimpang dari dasar-dasar tersebut.
Berdasarkan dua ketentuan di atas, seseorang
anggota akan dapat membuat
ukuran yang membezakan antara perkataan dan
ucapan yang sesuai dengan hukum
Islam atau yang bertentangan dengannya. Dapat
juga dikenali secara pasti tentang
keperibadiaan anggota yang benar-benar jujur,
ikhlas, tegas, teguh pendirian dari
peribadi yang hanya mengamat-amati kegiatan
anggota dan kedudukan organissi serta
anggota yang menimbulkan masalah.
Oleh kerana itu jika seorang mendengar suatu
ucapan yang membayangkan suatu
ucapan yang membayangkan keraguan terhadap jamaah
atau kurang kenyakinan kepada
orang-orang yang bertanggungjawab dalam jamaah
atau nampak bibit-bibit perpecahan
untuk menghancurkan jamaah atau menyebarkan unsur
berkolompok dalam anggota,
maka hendaklah anggota jemaah menyedari bahawa
ucapan dan tindakan anggota
tersebut adalah salah dan batil. Anggota tersebut
merupakan anasir perosak dan kita
harus berwaspada terhadapnya.
Islam mengkehendaki persatuan, memusuhi
perpecahan dan bersungguhsunggguh
melestarikan keutuhan jamaah agar senantiasa
teguh. Kerana itu Islam
mengambil tindakan bunuh terhadap mereka yang
melakukan penghancuran jamaah.
Ini jelas menunjukkan betapa besarnya kesalahan
yang dilakukan oleh anasir-anasir
perosak jamaah tadi. Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Barangsiapa yang melakukan
tindakan memecah belah persatuan umat, sdangkan
umat bersatu teguh, maka
buuhlah ia dengan pedang walaupun siapa orangnya.”
Berdasarkan hadis tersebut, maka siapa saja
memecahbelahkan persatuan umat,
mengoyak kesatuan jamaah dan mencetuskan
pertentangan dan krisis dalam
kepimpinan organisasi, maka kegiatan tersebut
dianggap kriminal yang amat besar
dosanya. Mengapa tindakan merosak jamaah keutuhan
jamaah tersebut dianggap suatu
perbuatan dosa yang sangat besar? Kerana
usaha-usaha untuk menghimpun dan
menyusun tenaga-tenaga muslim yang baik, terutama
pada masa sekarang ini
memerlukan pengorbanan tenaga dan usaha yang amat
besar, tidak semudah
mengumpulkan batu-bata, tetapi ia merupakan satu
tugas yang sukar yang tidak
mungkin dapat dilaksanakan kecuali dengan kerja
keras dan taufiq dari Allah SWT.
Oleh kerana itu barangsiapa yang melakukan
tindakan memecahbelahkan
kesatuan dan menghancurkan jamaah, sebenarnya ia
telah menghancurkan keberadaan
bangunan yang dicintai Allah. Dan faktor yang
semakin menambah kekejian unsur
perosak ini ialah, kerana meruntuhkan itu lebih
mudah daripada membangun.
Kehnuran jamaah kadang-kadang disebabkan
tersiarnya kata-kata jahat dan beracun.
Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w selalu
mengingatkan tentang bencana caci maki. Dalam
sebuah hadis Rasulullah bersabda:
“Seorang laki-laki yang
mengucapakn kalimah yang dimurkai dn menyinggung hati
orang lain, ia akan dilemparkan
ke dalam neraka jahanam selama 40 tahun”
Tentunya ucapan yang dimksud oleh hadis tersebut
adalah yang berupa hasutan,
kecaman, dan tuduhan yang tidak punya dasar, yang
dilemparkan dikalangan anggota.
Ada juga dikalangan anggota yang mengeluarkan
kata-kata yang membawa
perpecahan sedangkan dia tidak bermaksud demikian
atau memang memaksudkannya.
Untuk itu maka harus difahami ucapan sebenarnya,
adakah ia bertentangan dengan
peraturan dan dasar dakwah. Jika bertentanganmaka
wajib ditarik kembali ucapannya
itu dengan sesegera mungkin. Jika peringatan
untuk menarik kembali ucapannay itu dia
terima, maka hilanglah segala sumber perpecahan
dan lenyaplah segala kekeruhan yang
sama sekali tidak diingini.
Sebaliknya jika ia berkeras dengan sikapnya dan
terus mempertahankan
kbatilannya, maka menjadi kewajiban bagi anggota
yang lain untuk mengambil sikap
yang tegas terhadapnya dan memutuskan bahawa
tindakannya itu salah dan ia harus
diperlakukan sebagai unsur perosak jamaah yang
harus dijauhi dan semua anggota hrus
diperingatkan agar menyampaikan kepada pengurus
organisasi, agar diambil tindakan
sesuai dengan kesalahannya. Perlu diketahui
bahawa menjaga keutuhan jemaah
merupakan amanah bagi setiap anggota dan tidak
dpat diabaikn sama sekali.
Termasuk dalam ciri pengabaian amanah ialah
merestui pandangan perosak dan
pemecahbelah jamaah serta bersikap bertolak ansur
terhadap mereka. Ini akn
menyebabkan mereka terus menerus dalam perbuatan
yang salah. Tindakan sementara
pengurus organisasi yang tidak mengambil sikap
tegas terhadap perbuatan perosak,
dapat dianggap sebagai bersekongkol denagn
kesalahan dan kemaksiatan mereka.
L. KEBOSANAN DAN KEMALASAN DA’I
Perasaan bosan,malas dan lesu merupakan
sebahagian bahaya dalaman yang
mengancam sebuah organisasi. Keadaan seperti itu
kadang-kadang terjadi pula di
kalangan anggota Ikhwan yang bersumber dari
berbagai sebab, yang diantara lain
kerana lemah semangat atau tekanan jiwa akibat
banyaknya kerosakan dan kemaksiatan
yang ada disekitarnya. Dan mungkin juga kerana
mereka sudak melupakan akhirat dan
tidak ingat mati, atau kerana futur. Yang
sebenarnya ialah, mereka umumnya merasa
bodoh terhadap segala kegiatan jamaah kerana
menurut anggapannya semua kegiatan
itu tidak mungkin dapat menghasilkan
kemenangan(kekuasaan pemerintah) dan
sebagainya. Untuk penyakit seperti ini,
mengubatinya seperti berikut akan dapat
menyembuhkan anggota yang dihinggapi penyakit
futur, lemah emangat, malas, lesu
dan bosan.
a. Menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah
dengan disertai perasaan tunduk
dan sujud, serta menghidupkan hatinya denagan
keimananseraya memohon
kepada Allah agar ditetapkan dalam perjuangan
dakwah. Dan ini hendaklah
diulang malam dan siang
b. Biasakan diri dengan mengingati mati dan
memikirkan tentang mati. Selalu
bersyukur kepada Allah kerana ditakdirkan menjadi
kader Ikhwan, sebab dalam
jamaah Ikhwan bererti mengikuti Rasulullah s.a.w
dalam dakwahnya dan
menggalakkan dirinya untuk mendapatkan keridhaan
Allah SWT. Allah
berfirman:
“katakanlah! Inilah
jalan(agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku
mengajak (kamu) kepada Allah
dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan
aku tidak termasuk orang-orang
musyrik.”(Yusuf:108)
c. Kebosanan, kemalasan,kelesuan dan futur
kadangkala bersumber dari godaan
syaitan yang meracuni hati anggota. Dan syaitan
itu seperti pencuri yang
disekitar hati orang mukmin yang berdakwah dijalan
Allah. Syaitan mencuri
keimanan mereka dan meracuninya agar berhenti
berdakwah. Hati yang kosong
dari iman yang sebenarnya menjadikan pemiliknya
tidak mahu bergerak dan
berjuang untuk Islam. Dan itu bererti syaitan
telah mencapai maksudnya dan
tidak perlu lagi mengambil perhatian dan
mengekorinya.
d. Syaitan mempunyai berbagai cara penipuan yang
kalau ingintahu secara detail
memerlukan huraian panjang. Bagi anggota cukup
menyedari akan bahaya
syaitan terhadap orang-orang yang beriman seperti
yang telah digambarkan oleh
Allah kepada kita agar kita memohon
perlindungan-Nya dari bencana dan
godaan syaitan serta tipu dayanya yang terkutuk.
Oleh kerana itu bagi setiap
anggota berkewajipan untuk tidak menjadikan
syaitan-syitan sebagai sekutu
denagn bergandingan tangan melakukan
pekerjaan-pekerjaan yang
bertentangan denagan dakwah dan menimbulkan
kekecohan dalam organisasi.
e. Jike seorang anggota merasakan dalam dirinya
perasaan lesu atau lemah
semangat untuk terus bergerak, maka hendaklah ia
menyedari bahawa keadaan
seperti itu merupakan hasutan syaitan yang
mengganggunya dari bergerak aktif.
Dan syaitan itu amat membenci orang-orang yang
bergerak aktif dan selalu
encuba untuk melengahkan anggota gerakan dari
perjuangan walaupun sedetik.
f. Apabila seseorang anggotanya dihinggapi
penyakit bosan dan futur, maka
peliharalah lidahnya dan perbanyakkan zikir,
kerana syaitan kdang-kadang
mendorongnya untuk membicarakan hal-hal yang
batil, kemudian
mendorongnya untuk berbicara tentang tindakan
jamaah yang tidak baik, dasar
dan strateginya yang tidak tepat dan sebagainya
yang mengakibatkan dia
terjerumus dalam jurang dosa. Jika sifat demikian
dilakukan terus, maka hatinya
akan semakin keras dan bertambah sukar untuk
diubati.
g. Jika seseorang anggota merasakan suatu
kebosanan dan kelemahan dalam
bergerak, maka segerlah ia melakukan amlan-amalan
taqwa bagi dirinya;seperti
menghafal ayat-ayat al-Quran, melakukan solat
sunat beberapa rakaat secara
bersendirian di rumah, atau bersedekah kepada
fakir miskin, bergaul dan
berbicara dengan orang-orang yang soleh atau
berkunjung pada orang-orang
yang teguh pendiriannya, komitmen dan aktif. Ini
akan mempengaruhi terhadap
jiwa anggota tersebut, kerana bergaul dengan
orang-orang yang soleh,
mengunjungi anggota yang komited, akan menjadi
aktif kembali danmerasa
ringan terhadap semua beban yang dipikulnya.
Tulisan di atas adalah sebahagian masalah yang
ada di sekitar Gerakan
Bersama. Dan ini
merupakan sebahagian cara-cara mengatasi berbagai masalah
Gerakan Bersama, seperti
telah dinyatakan dalam awal tulisan ini. Kita hanya bertujuan
untuk memperbaiki dan berusaha memecahkan segala
macam masalah yang timbul di
kalangan sebahagian anggota Ikhwan yang memang
sebahagian telah berlaku. Kepada
Allah kita selalu bermohon pada
taufiq-Nya,meredhai, mangasihi dan memantapkan
kita dalam perjuangan dakwah secara berjemaah
dengan menggunakan konsep-konsep
Gerakan Bersama.Allahu
Akbar#